Saturday, 17 March 2012
i must be strong
Tika titis air mata jatuh ke bumi, biarlah hanya Allah mengetahui kerana hanya DIA penyembuh luka pemberi bahagia kpd hati & naluri. Sedikit yang bermanfaat lebih baik daripada banyak yang melalaikan. Ujian ALLAH datang kerana kasihnya pada hambanya agar iman terus meningkat, hati semakin dekat & jiwa semakin akrab dengan-Nya.. ~ Janji ALLAH adalah Kepastian ~
kekuatan seorang wanita
Sabda Rasulullah SAW.. Jika seorang isteri telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan menjaga kehormatannya serta dia taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah dia masuk ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang ia kehendaki. Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan di muka bumi ini, itulah gelaran yang diberikan oleh Allah SWT kepada wanita. Sebelum kedatangan Islam di tanah Arab, kaum wanita dipandang serendah-rendah martabat. Mereka diperlakukan sewenang-wenangnya oleh suami masing-masing. Di dalam hal kelahiran pula, apabila seorang wanita itu melahirkan anak perempuan, itulah sebesar-besar aib yang dirasakan oleh suaminya hinggakan ada yang sanggup membunuh anak perempuan yang tidak berdosa itu. Setelah sinaran Islam disebarkan oleh Rasulullah SAW, martabat kaum wanita diangkat setinggi-tingginya dan penghormatan demi penghormatan diberikan oleh Allah SWT kepada golongan wanita. Sesungguhnya wanita itu adalah golongan yang lemah. Memerlukan perhatian, belaian dan tunjuk ajar daripada seorang lelaki untuk menuntun dan memandu hidupnya. Andai manusia itu dibenarkan untuk sujud kepada manusia, nescaya akan ku suruh isteri-isteri untuk sujud kepada suaminya. Itulah kata-kata daripada Rasulullah SAW. Tetapi disebalik setiap kelemahan itu pasti ada kekuatannya. Ketika Rasulullah SAW pulang dari Gua Hira' selepas menerima wahyu daripada Allah melalui malaikat Jibril, baginda meminta isterinya Saidatina Khadijah untuk menyelimutkannya. Khadijahlah tempat baginda kembali saat kecemasan dan ketakutan melandanya setelah menerima wahyu pertama. Kebesaran jiwa Khadijah yang sentiasa dikenang oleh baginda dan memberikan tempat yang paling istimewa dihatinya walaupun setelah baginda menikahi seorang anak dara. Begitu juga yang diperlakukan oleh baginda Rasulullah SAW yang sering bergurau dengan Saidatina Aisyah dan isteri-isterinya yang lain.. Begitu juga keadaannya dengan Saidina Umar Al-Khatab. Ketika seorang lelaki datang kepadanya untuk mengadu keadaan isterinya yang suka membebel, beliau sendiri melihat Saidina Umar Al-Khatab berdiam diri dimarahi isterinya sendiri. Ketika ditanya, Saidina Umar lantas menjawab bahawa isterinya telah banyak berkorban untuknya, membasuhkan pakaiannya, memasak untuknya, melahirkan anaknya dan menjaga serta mendidik anaknya sedangkan itu adalah ehsannya terhadapnya dan bukan kewajipannya. Khalifah kedua tersebut juga menunjukkan rasa kasih dan sayang serta mesra terhadap isterinya. Ini menunjukkan kepada kita satu cara, bahawa para pemimpin dan pejuang mukmin sejati menggunakan setiap tenaganya untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba dan pejuang-pejuang Allah, ketika tenaganya habis, di situ memerlukan kembali bekalan tenaga untuknya meneruskan perjalanan. Dan bekalan tenaga itu dapat diperolehi melalui kelembutan dan kemesraan seorang isteri. Kepercayaan seorang isteri, dorongan dan motivasi seorang isteri serta kelembutan, kemesraan dan kasih sayangnya terhadap suaminya memberikan kekuatan kepada suami untuk terus berjuang. Di belakang seorang lelaki yang berjaya, berdirinya seorang wanita. Tidak salah dikatakan kekuatan seorang wanita itu terlindung di sebalik kelemahannya. sekadar renungan...(^_^) Friday, 9 March 2012
tanda-tanda HARI KIAMAT
Assalamualaikum..
Ari ni husna nak share something..korang pikir-pikir la eh
Ari ni husna nak share something..korang pikir-pikir la eh
TANDA-TANDA HARI KIAMAT
# Hijaunya bumi Arafah.
# Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni dari perkahwinan tidak sah
atau perceraian yang tidak diluluskan
oleh mahkamah.
# Keluar sejenis binatang dari perut bumi
yang digelar Dabbatul Ardhi.
# Keluar asap tebal dibumi Hijaz
# Munculnya nabi-nabi palsu yang ke 40.
# Berlaku perang besar di kawasan Kaukasus
# Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang
Habsyah.
# 3 kali gempa bumi.
# Bermulalah kekuasaan Dajjal..
# Munculnya Imam Mahdi
# Turunnya Nabi Isa a.s dan membunuh Dajjal.
# Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
# Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama (Addin) dari
manusia.
# Matahari terbit dari ufuk barat.
# Terdengar tiupan sangka kala pertama, kedua.
cam ne?korang x takot kew..soo mula lah beribadat dan tnggl kn la bnde2 yg x baik..
(^_^)
(^_^)
Subscribe to:
Comments (Atom)