Sabda Rasulullah SAW..
Jika seorang isteri telah menunaikan solat lima waktu,
berpuasa di bulan Ramadhan dan menjaga kehormatannya
serta dia taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah
dia masuk ke dalam syurga dari pintu mana
sahaja yang ia kehendaki.
Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan
di muka bumi ini, itulah gelaran yang diberikan
oleh Allah SWT kepada wanita.
Sebelum kedatangan Islam di tanah Arab,
kaum wanita dipandang serendah-rendah martabat.
Mereka diperlakukan sewenang-wenangnya oleh
suami masing-masing. Di dalam hal kelahiran pula,
apabila seorang wanita itu melahirkan anak perempuan,
itulah sebesar-besar aib yang dirasakan oleh suaminya
hinggakan ada yang sanggup membunuh anak
perempuan yang tidak berdosa itu.
Setelah sinaran Islam disebarkan oleh Rasulullah SAW,
martabat kaum wanita diangkat setinggi-tingginya
dan penghormatan demi penghormatan diberikan
oleh Allah SWT kepada golongan wanita.
Sesungguhnya wanita itu adalah golongan yang lemah.
Memerlukan perhatian, belaian dan tunjuk ajar daripada
seorang lelaki untuk menuntun dan memandu hidupnya.
Andai manusia itu dibenarkan untuk sujud
kepada manusia, nescaya akan ku suruh isteri-isteri
untuk sujud kepada suaminya.
Itulah kata-kata daripada Rasulullah SAW.
Tetapi disebalik setiap kelemahan itu pasti
ada kekuatannya. Ketika Rasulullah SAW
pulang dari Gua Hira' selepas menerima wahyu
daripada Allah melalui malaikat Jibril,
baginda meminta isterinya Saidatina Khadijah untuk
menyelimutkannya.
Khadijahlah tempat baginda kembali saat kecemasan dan
ketakutan melandanya setelah menerima wahyu pertama.
Kebesaran jiwa Khadijah yang sentiasa dikenang oleh baginda
dan memberikan tempat yang paling istimewa dihatinya
walaupun setelah baginda menikahi seorang anak dara.
Begitu juga yang diperlakukan oleh baginda Rasulullah SAW
yang sering bergurau dengan Saidatina Aisyah
dan isteri-isterinya yang lain..
Begitu juga keadaannya dengan Saidina Umar
Al-Khatab. Ketika seorang lelaki datang
kepadanya untuk mengadu keadaan isterinya
yang suka membebel,
beliau sendiri melihat Saidina Umar Al-Khatab
berdiam diri dimarahi isterinya sendiri.
Ketika ditanya, Saidina Umar lantas menjawab bahawa
isterinya telah banyak berkorban untuknya, membasuhkan
pakaiannya, memasak untuknya, melahirkan anaknya
dan menjaga serta mendidik anaknya sedangkan itu
adalah ehsannya terhadapnya dan bukan kewajipannya.
Khalifah kedua tersebut juga menunjukkan rasa kasih
dan sayang serta mesra terhadap isterinya.
Ini menunjukkan kepada kita satu cara, bahawa
para pemimpin dan pejuang mukmin sejati menggunakan
setiap tenaganya untuk menjalankan tanggungjawabnya
sebagai hamba dan pejuang-pejuang Allah,
ketika tenaganya habis,
di situ memerlukan kembali bekalan tenaga untuknya
meneruskan perjalanan.
Dan bekalan tenaga itu dapat diperolehi melalui kelembutan
dan kemesraan seorang isteri.
Kepercayaan seorang isteri, dorongan dan motivasi
seorang isteri serta kelembutan,
kemesraan dan kasih sayangnya terhadap suaminya
memberikan kekuatan kepada suami untuk terus berjuang.
Di belakang seorang lelaki yang berjaya,
berdirinya seorang wanita. Tidak salah dikatakan kekuatan
seorang wanita itu terlindung di sebalik kelemahannya.
sekadar renungan...(^_^)