Saturday 18 February 2012

cara nak masak spaghetti



Assalamualaikum


BAHAN-BAHAN

20 gram spaghetti
1/4 paket daging kisar
4 sudu sos tomato
1 biji tomato (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu mentega
1/2 paket cendawan segera (bancuh dengan 2 sudu air panas)
3 biji cendawan butang
Sedikit serbuk pasli
Sedikit serbuk oregano
Serbuk garam
Minyak untuk menumis

Tips: Daging giling boleh juga diganti dengan ayam dipotong dadu, daun oregano dan basil itu hanya untuk memberi aroma.

Cara Memasak Spaghetti
1. Didihkan air. Campurkan dengan sedikit garam dan minyak.
2. Masukkan spaghetti yang telah dipatahkan dua.
3. Masak sehingga empuk.
4. Angkat dan toskan.

Cara Memasak Kuah

1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih.
2. Setelah kekuningan, masukkan daging kisar.
3. Setelah daging masak, masukkan sos tomato.
4. Sekiranya kuah pekat, tambahkan sedikit air.
5. Masukkan buah tomato, cendawan dan garam.
6. Masukkan sup cendawan segera, serbuk pasli dan serbuk oregano.
7. Kacau hingga sebati dan angkat.

Pas tu dah siap..bleyh msuk dalam mulut..

Tip Memasak Spaghetti

Rebus spaghetti mengikut jangka masa yang tertera pada bungkusan. Ini kerana jangka masa merebus spaghetti setiap jenama adalah berlainan. Masukkan sedikit minyak dan garam bagi mengelakkan spaghetti melekat antara satu sama lain
'SELAMAT MENCUBA' 

No comments:

Post a Comment